Misi & Visi
Misi
- Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan siratulrahim di kalangan ahli-ahli Persatuan.
- Menggerakkan aktivii-aktiviti dan program-program menerusi serampang tiga mata iaitu kebajikan, Perpaduan dan kesejahteraan dan dengan amalan ; yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang satu diramaikan.
- Memberi kesedaran kepada semua generasi baik ahli-ahli atau waris-waris tentang susur galur, sejarah dan legasi Nakhoda Yusof agar tidak lapuk dek zaman dan sentiasa dikenang
Visi
Menjadikan Persatuan Waris Nakhoda Yusof sebagai Persatuan yang menyatu-padukan semua waris—waris Nakhoda Yusof dibawah satu platform dan menjadi jambatan perhubungan sesama waris-waris demi kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahli dan mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan ahli-ahli menyumbang kearah usaha memertabatkan legasi Nakhoda Yusof.
