Kata Aluan Pengerusi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdullilah, Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam laman web Persatuan Waris Nakhoda Yusof ini.
Terlebih dahulu, saya ingin berkongsi tentang perjalanan Persatuan Waris Nakhoda Yusof yang didaftarkan pada 19hb Januari 2022 selepas susur galur waris-waris Nakhoda Yusof direkodkan dari generasi pertama sehingga generasi kelima. Keahlian Persatuan Waris Nakhoda Yusof hanya dibuka kepada waris-waris sahaja bermula pada tahun 2023, di mana 300 waris-waris dari seluruh Malaysia mendafftar untuk menjadi ahli. Sepanjang tiga tahun, berbagai program telah diadakan seperti Hari Keluarga pada bulan Jun 2024 di Kuantan selama tiga hari 2 malam, Tahlil Perdana pada bulan Ogos 2024 di Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Kelang dan baru-baru ini Program Rumah Terbuka pada 26 April 2025 di Shah Alam, Selangor.
Saya amat berterima-kasih kepada barisan ahli jawatankuasa Persatuan yang sentiasa komited dalam menjayakan program-program yang dirancang demi mencapai matlamat dan objektif untuk mengukuhkkan perpaduan dan siratulrahim dianttara ahli-ahli.
Dengan ikhlasnya, saya yakin kita akan terus maju dalam mencapai agenda untuk memperkasakan legasi Nakhoda Yusof.
Sekian.
Wabillalhitaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum, Warahmatullahi Wabarakaatuh.
-Azri Mohd Isa-
