Keterangan Logo
Persatuan Waris Nakhoda Yusof

Logo kapal berwarna emas  ini adalah sebuah perahu besar pinis yang dibina di terengganu. Nakhoda Yusof mempunyai dua perahu besar pinis untuk berdagang iaitu tenang dan lenang.

Simbol layar berwarna merah bermaksud  keberanian, kekuatan fisik dan semangat juang nakhoda yusof merentas laut berdagang, membantu sultan selangor dalam perang saudara dan menjadi seorang usahawan yang berjaya di selangor. Nakhoda yusof adalah salah seorang tokoh melayu yang membangunkan kuala lumpur dimana jasa beliau diabadikan diatas sebatang jalan yang masih abadi sehingga kini.

Simbol ini memberikan energi dan antusiasme persatuan untuk menyambung legasi nakhoda yusof dengan mencari dan mengukuhkan ukhwah waris-waris nakhoda yusof yang telah terpisah lebih dari 100 tahun.

Lima bentuk ombak melambangkan waris nakhoda yusof yang telah berkembang sehingga lima generasi dari empat isteri beliau yang berbagai latar belakang, umur dan tinggal di merata negeri di malaysia dan juga di luar negara.

Ikatan waris-waris nakhoda yusof direalisasikan dengan tertubuhnya platform  persatuan waris nakhoda yusof dengan matlamat untuk menyatukan semua waris-waris yang layak menjadi ahli persatuan dengan adanya berbagai program-program yang dianjurkkan.